----MEoW!!Assalamualaikum alooo thanx ya 4 jumping 2 my blog do follow n drop a comment ya----

Tuesday 31 December 2013

Kenapa Allah Jadikan Ikan Tiada Berlidah?

klu nak sucikan hati jgn masuk dlm mesin basuh plak muahaha
Assalamualaikum sahabat semua lamo bebeno cek tak hupdate blog kan,,,,td scroll fb palam jumpa cerita pasai nie dulu cikgu ak pernah cerita tp ingat2 lupa...cer cer ceritee sikit ni haaa .......jom baca sikit.......buat muhasabah diri


Tahukah anda bahawa ikan tidak mempunyai lidah? Terdapat sebuah kisah yang menerangkan bagi persoalan tersebut mengapa Allah SWT menghilangkan lidah ikan hingga ke hari ini.


Rasulullah SAW bersabda : “Sejahat-jahat manusia pada hari kiamat nanti ialah orang yang bermuka dua. Barangsiapa bermuka dua di dunia maka di hari kiamat kelak akan mempunyai dua lidah dari lidah api neraka jahanam.”

Sabda Rasulullah SAW lagi : ”Tidak masuk syurga orang yang suka membesar-besarkan cerita.” Apabila ditanya apakah hikmah disebaliknya. Rasulullah SAW menjawab ”Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan semua makhluk itu mempunyai lidah, sama ada yang boleh berkata-kata ataupun tidak boleh berkata-kata.”

Salah seorang sahabat pun bertanya,”kenapa ikan tidak mempunyai lidah?”

Sabda Rasulullah SAW lagi : ”Setelah Allah selesai menciptakan Adam AS, maka diperintahkan sekalian malaikat agar tunduk sujud kepadanya. Semua malaikat patuh kecuali iblis laknat.

Oleh kerana iblis enggan sujud, maka Allah melaknatnya serta mengusirnya dari syurga dan dihapuskan rupanya yang elok itu lalu di hantar ke bumi.

Apabila diturunkan ke bumi, iblis terus menuju ke laut dan makhluk pertama yang dijumpainya ialah ikan. Iblis pun menceritakan keburukan dan kekurangan Adam AS kepada ikan.

Kata si iblis : ”Sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuh binatang -binatang yang ada di lautan dan di daratan.”

Maka, apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu, ia pun segera menghebahkannya kepada binatang laut yang lain berita tentang Adam AS. Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan inilah lalu dihilangkan lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak benar itu.

Begitulah antara sejarah mengapa Allah tidak menjadikan lidah ikan. Setiap sesuatu itu akan hikmah di sebalik kejadiannya bukan? Fikir-fikirkan…


Sama2 lah kita muhasabah diri....inshallah Allah permudahkan urusan kita kelak.........kalau2 terbuat ka tersengaja ka.......try la buat something yg boleh dekatkan diri kita dengan Allah ...contohnya klu kita terumpat sesapa ka dan time tu kita tersedar cepat la istighfar ka...takpun setkan dlm minda kita kena jugak baca Al quran surah as-sajadah ka al-mulk ka...inshaallah lama kelamaan nanti kita boleh buang tabiat tu ..tp jgn sampai ibadah nie kita setkan minda kita ala tkpa gosip sat ja satgi balik kita baca la quran....jgn noh.....selamat beramal wassalam.................

No comments:

Post a Comment