1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang
 memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya 
harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah
 kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang 
membaca Tasbih Fatimah,
 sekiranya dia mati
 malam itu,
dia akan dikira sebagai 
mati syahid.
 Apa itu Tasbih Fatimah?
 Subhanallah 33 X
, Alhamdulillah 33 X
, Allahuakbar 33 X.



4. Baca 4 Qul 
(An-Nas, Al-Falaq, 
Al-Ikhlas, Al-Kafiruun) 
tiup ke tapak tangan dan 
sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir 
dan niat jahat manusia. 
Kemudian baca 
bismillahirrahmanirrahim 21 kali. Barangsiapa membaca 
bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, 
nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, 
dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran
, dan daripada kematian terkejut.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga,
 Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang 
malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada 
sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu’ sebelum tidur dan Solat Sunat
 Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan
 semua hutang piutang sebelum tidur. Bangun tidur 
boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke 
kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

*****Banyak lagi sunnah Nabi saw yang boleh diamal, 
semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada
 bersolek atau pakai night cream sebelum tidur. Lebih mudah
 daripada buat senaman ringan sebelum tidur.
Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki
. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain 
supaya tidak menimbulkan fitnah.
Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniara
p, dibawahnya Syaitan/ Jin Betina. Tidur bogel atau tidak 
menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan 
mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa 
membaca doa, Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah
 isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur
 dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau 
anak-anak ikut perangai “bapa-bapa angkat” mereka
 ketika kita bersetubuh dulu.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada 
Aisyah bahawa Nabi telah bersabda : “Jika salah seorang 
di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur
 sehingga hilang rasa mengantuk. Jika seseorang bersembahyang 
ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar s
edangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri
*****JOm eNjOy
 BerIbAdAh...........