----MEoW!!Assalamualaikum alooo thanx ya 4 jumping 2 my blog do follow n drop a comment ya----

Friday 25 January 2013

15 SuNnAh RASULLULAH S.A.W

SaLaM MaULidUr RaSuL semua 
sempena ulangtahun kekasih Allah pada tanggal 12 Rabiulawal moleklah kita melagukan zikir dan selawat ke atas nabi junjungan kita MUHAMMAD S.A.W. moga kita peroleh syafaat di akhirat sana...............

Bertitik tolak daripada itu JOM KITA EXPLORE APA yang kekasih ALLAH ,MUHAMMAD S.A.W. amalkan then kita try asimilasikan dalam kehidupan seharian kalau tak mampu amalkan semua yang dilakukan baginda kita cuba perlahan-lahan ,sikit2 dulu.....sebagai tanda kasih kita kepada baginda................
.

1.     Senyuman

Abdullah bin Al-Harist Radliyallahu’anhu menuturkan, yang ertinya “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam.” (Riwayat At-Tirmidzi

.

2.     Dahulukan Kanan


Daripada Aisyah, katanya: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam lebih
 suka mendahulukan yang kanan dalam segala hal (perbuatan) seperti 
memakai terompah, bersikat, berwuduk dan mandi.“ (Hadis riwayat Muslim).

3.     Berpakaian


Ummu Salamah meriwayatkan: “Pakaian yang paling disukai oleh Baginda Shalallahu ‘alaihi wasalam ialah pakaian Qamis).” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)


.

4.     Bercelak


Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda:“Hendaklah kamu bercelak dengan menggunakan batu celak (Al-Itsmid) kerana celak dapat memperjelaskan penglihatan dan menumbuhkan bulu (mata).” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)


.

5.     Memakai Cincin


Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam
 memakai cincin di jari tangan kanan Baginda.” (Riwayat Tarmizi, 
Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu Hibban.)


.

6.     Makan


Ka’ab bin Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
 wasalam makan menggunakan ketiga jari Baginda. Selepas makan  
Baginda menjilati ketiga-tiganya.”(Riwayat Tarmizi, Muslim, Abu 
Daud dan Ahmad)


.

7.     Minum


Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan: “Ketika Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam minum, Baginda menarik nafas (menghela) dua kali.” (Riwayat Tarmizi dan Abu Syaikh)


.

8.     Bersilaturrahim


Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu tentang sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan ataupun keburukan? Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan, adalah balasan (pahala) orang yang berbuat kebaikan dan menghubungkan tali silaturahmi, sedangkan yang paling cepat mendatangkan keburukan ialah balasan bagi orang yang berbuat jahat dan yang memutuskan persaudaraan.”   (Riwayat Ibnu Majah).


.

9.     Berjalan


Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Apabila Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam berjalan, tubuh Baginda tegak seperti sedang menuruni tanah yang landai.” (Riwayat Tarmizi dan Hakim)
.

10.  Berkata


Anas Ibnu Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi 
wasalam mengulangi  perkataan Baginda tiga kali supaya lebih
 difahami (oleh pendengarnya).” (Riwayat Tarmizi dan Hakim)



.

11.  Tertawa


Abdullah bin Harith r.a. meriwayatkan: “Tawa Nabi Muhammad  Shalallahu ‘alaihi wasalam hanyalah senyuman.” (Riwayat Tarmizi )




.

12.  Bergurau


Anas bin Malik r.a. meriwayatkan: “Betapa baiknya Nabi Shalallahu ‘alaihi wasalammenggauli kami. Baginda berkata kepada saudaraku yang masih kecil, ‘Wahai Abu Umair, apa yang sedang dilakukan oleh burung nughair?’” (Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud, Nasa’i dan Ahmad)


.
13.  Tidur

Aisyah r.ha. meriwayatkan: “Setiap kali hendak tidur pada malam hari, 
RasulullahShalallahu ‘alaihi wasalam selalu menadahkan  kedua tapak 
tangan sambil membaca Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas kemudian 
Baginda meniup kedua-dua tapak tangan tersebut. Setelah itu, Baginda 
menyapu bahagian tubuh yang terjangkau, dimulai dari kepala, wajah lalu 
bahagian depan tubuh Baginda. Hal itu Baginda lakukan sebanyak tiga 
kali.” (Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad)
.

14.  Membaca al-Quran

Ya’la bin Mamlak bertanya kepada Ummu Salamah tentang cara Rasulullah 
Shalallahu ‘alaihi wasalam membaca al-Quran. Menurut Ummu Salamah, 
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam membaca al-Quran dengan sangat 
jelas kalimah demi kalimah. (Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud dan 
Nasa’i)
.
15.  Ibadah

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam
 melaksanakan solat hingga kedua-dua kaki Baginda bengkak. Beliau 
bertanya, “Mengapa engkau melakukan hal ini padahal engkau mengetahui 
bahawa Allah SWT telah mengampuni dosamu yang telah berlalu dan akan
 datang?” Baginda Shalallahu ‘alaihi wasalammenjawab, ‘Tidakkah aku 
menjadi hamba yang banyak bersyukur?’.” (Riwayat Tarmizi dan Ibnu 
Khuzaimah)


.
.


No comments:

Post a Comment