sempena ulangtahun kekasih Allah pada tanggal 12 Rabiulawal moleklah kita melagukan zikir dan selawat ke atas nabi junjungan kita MUHAMMAD S.A.W. moga kita peroleh syafaat di akhirat sana...............
Bertitik tolak daripada itu JOM KITA EXPLORE APA yang kekasih ALLAH ,MUHAMMAD S.A.W. amalkan then kita try asimilasikan dalam kehidupan seharian kalau tak mampu amalkan semua yang dilakukan baginda kita cuba perlahan-lahan ,sikit2 dulu.....sebagai tanda kasih kita kepada baginda................
.
1. Senyuman
Abdullah bin Al-Harist Radliyallahu’anhu menuturkan, yang ertinya “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam.” (Riwayat At-Tirmidzi
2. Dahulukan Kanan
Daripada Aisyah, katanya: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam lebih
suka mendahulukan yang kanan dalam segala hal (perbuatan) seperti
memakai terompah, bersikat, berwuduk dan mandi.“ (Hadis riwayat Muslim).
suka mendahulukan yang kanan dalam segala hal (perbuatan) seperti
memakai terompah, bersikat, berwuduk dan mandi.“ (Hadis riwayat Muslim).
3. Berpakaian
Ummu Salamah meriwayatkan: “Pakaian yang paling disukai oleh Baginda Shalallahu ‘alaihi wasalam ialah pakaian Qamis).” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)
.
4. Bercelak
Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda:“Hendaklah kamu bercelak dengan menggunakan batu celak (Al-Itsmid) kerana celak dapat memperjelaskan penglihatan dan menumbuhkan bulu (mata).” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)
.
5. Memakai Cincin
Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam
memakai cincin di jari tangan kanan Baginda.” (Riwayat Tarmizi,
Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu Hibban.)
.
6. Makan
Ka’ab bin Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
wasalam makan menggunakan ketiga jari Baginda. Selepas makan
Baginda menjilati ketiga-tiganya.”(Riwayat Tarmizi, Muslim, Abu
Daud dan Ahmad)
wasalam makan menggunakan ketiga jari Baginda. Selepas makan
Baginda menjilati ketiga-tiganya.”(Riwayat Tarmizi, Muslim, Abu
Daud dan Ahmad)
.
7. Minum
.
8. Bersilaturrahim
Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu tentang sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan ataupun keburukan? Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan, adalah balasan (pahala) orang yang berbuat kebaikan dan menghubungkan tali silaturahmi, sedangkan yang paling cepat mendatangkan keburukan ialah balasan bagi orang yang berbuat jahat dan yang memutuskan persaudaraan.” (Riwayat Ibnu Majah).
.
9. Berjalan
Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Apabila Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam berjalan, tubuh Baginda tegak seperti sedang menuruni tanah yang landai.” (Riwayat Tarmizi dan Hakim)
.
10. Berkata
Anas Ibnu Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
wasalam mengulangi perkataan Baginda tiga kali supaya lebih
difahami (oleh pendengarnya).” (Riwayat Tarmizi dan Hakim)
wasalam mengulangi perkataan Baginda tiga kali supaya lebih
difahami (oleh pendengarnya).” (Riwayat Tarmizi dan Hakim)
.
11. Tertawa
Abdullah bin Harith r.a. meriwayatkan: “Tawa Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam hanyalah senyuman.” (Riwayat Tarmizi )
.
12. Bergurau
Anas bin Malik r.a. meriwayatkan: “Betapa baiknya Nabi Shalallahu ‘alaihi wasalammenggauli kami. Baginda berkata kepada saudaraku yang masih kecil, ‘Wahai Abu Umair, apa yang sedang dilakukan oleh burung nughair?’” (Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud, Nasa’i dan Ahmad)
.
13. Tidur
Aisyah r.ha. meriwayatkan: “Setiap kali hendak tidur pada malam hari,
RasulullahShalallahu ‘alaihi wasalam selalu menadahkan kedua tapak
tangan sambil membaca Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas kemudian
Baginda meniup kedua-dua tapak tangan tersebut. Setelah itu, Baginda
menyapu bahagian tubuh yang terjangkau, dimulai dari kepala, wajah lalu
bahagian depan tubuh Baginda. Hal itu Baginda lakukan sebanyak tiga
kali.” (Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad)

Ya’la bin Mamlak bertanya kepada Ummu Salamah tentang cara Rasulullah
Shalallahu ‘alaihi wasalam membaca al-Quran. Menurut Ummu Salamah,
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam membaca al-Quran dengan sangat
jelas kalimah demi kalimah. (Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud dan
Nasa’i)

15. Ibadah
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam
melaksanakan solat hingga kedua-dua kaki Baginda bengkak. Beliau
bertanya, “Mengapa engkau melakukan hal ini padahal engkau mengetahui
bahawa Allah SWT telah mengampuni dosamu yang telah berlalu dan akan
datang?” Baginda Shalallahu ‘alaihi wasalammenjawab, ‘Tidakkah aku
menjadi hamba yang banyak bersyukur?’.” (Riwayat Tarmizi dan Ibnu
Khuzaimah)

No comments:
Post a Comment